malam ini aku mengasingkan diri lagi
hanya untuk menemani sunyi yang menantiku tanpa jemu.
sering aku melayan rona-rona kehidupan yang nampak cukup palsu dari sudut pandanganku..
sunyi yang datang dengan kenangan seperti memanggilku untuk menyertai liku2
melontarkan memori ke dada waktu semalam
lalu mengukirkan sebaris senyuman dibibir nipisku.
ketika itu seperti waktu tidak pernah berlalu..
dikelilingi unggas fauna yang tanpa jemu berlagu riang..
bunga-bunga disirami sang embun menyuntik keceriaan kepada sesiapa yang memandang..
ketika itu alam turut sama menyinarkan kegembiraan
melihat penghuni rimba menari senang di muka kehidupan
dalam sejuta kewujudan
mula terasa bahang percintaan
antara sang kumbang dan seri bunga yang cukup muda dengan erti kehidupan.
sedetik berlalu bagai racun yang membunuh keasyikan
kerana tika itu penuh dengan kedamaian..
aku tidak terpinggir dengan asyiknya perasaan..
seperti kanak yang mengejar kupu-kupu berterbangan
sungguh aku tidak menyangka akan bertemu dengan coretan
yang pada mata rimba sangat indah namun pahit untuk aku telan
ketika itu aku seperti anggerik yang menjalar
merasakan diri disenangi oleh kumbang yang berkeliaran
sang kumbang melemparkan senyuman
memberi kekuatan untukku mempercayai akan sinar yang menerangi sudut ini.
namun anggerik terpana
setelah guruh datang menimpa
dia tdak mampu untuk menahan desiran angin yang bertiupan..
anggerik menangis kecil dengan kelalaian sendiri
ketika melati ketawa kelembutan..
wujudnya bakawali di sisi
meniupkan sedikit kekuatan walaupun diri keletihan
mengharungi jalan yang penuh kesyahduan
memimpin tangan si anggerik yang sudah mula rebah di lantai hutan
titik titik embun meminjamkan kekuatan
untuk anggerik bangun mencorak luahan di kanvas kemodenan
meneruskan perjalanan yang penuh berduri
menemui pelbagai rahsia tensendiri
kini..
anggerik bukan lagi anggerik yang kesedihan
penuh tekad mencipta perubahan..
dalam kesepian anggerik menjadi sang berduri
dipandang cantik tapi penuh misteri
dulu dia adalah anggerik yang mudah didekati
kini dia adalah mawar yang sukar dimengerti
dia masih lagi melakarkan senyuman di sisi sang rimba
dia masih lagi bunga yang mewarnakan alam
namun dia tidak lagi mengerti cinta sang kumbang
kerana cintanya sedang membeku di hati yang walang
seringkali bakawali datang merisik isi yang tersembunyi
namun biarkan lah aku sang mawar bersendiri
kerana aku sedar aku belum mampu memberi
kerana duri-duri ini aku cipta sendiri
agar aku tidak kembali menjadi anggerik yang dilanda tiupan sang bayu..
dan kembali melalui mimpi ngeri dihiris duri sembilu
aku mengerti dan cukup mengerti.
kadangkala aku terlalu menjauhi hati sang unggas yang merindui
sang unggas berlagu sepi kerana mawar ini mawar yang misteri
seringkali kata-kata penuh madu diberi
bagi meyakinkan sekeping hati ini
namun salju mendinginkan naluri ini
selagi belum muncul sinar mentari diufuk kedewasaan pelangi..
biarlah aku mencari ketenangan dengan caraku yang begini
kerana aku masih tidak mampu untuk mengubati luka yang masih terasa
yang membunuh rasa aku sebagai seorang wanita.
namun aku tetap penghibur suasana
dan masih menunggu akan kehadiran sang arjuna
yang mewarnai hidupku dengan syurga dihiasi dengan segenap cinta..
No comments:
Post a Comment