lompat lompat di papan kekunci..

menari-nari di dada lappy..oke sile jgn memalu singgah besiar-siar..

Saturday, 2 October 2010

arts of my heart..

hujan..trun seperti mengerti kesedihanku..
rintiknya seperti menikam sekeping hati kecilku..
hembusan angin tidak mmpu membawa kesedihan pergi
air yang terus mengalir seperti sedar dgn kewujudan..
membasahi bumi untuk menemani sepi ini
kadangkala aku marah dengan air yg menghalang pejalanan
namun aku sedar..
aku bukan sesiapa yang menentukannya..
aku sangat kerdil walau untuk sebaris kata2
tatkala hati ku mula memerlukan mu,
kau pergi bagaikan titisan hujan,
yg hilang ketika jatuh ke bumi,
memori2 indah yg ada,
meninggalkan ku ketika ku sunyi,
kau pergi bagaikan titisan hujan,
yg datang tidak diundang,
dan pergi ketika ku memerlukan mu,
sedang aku mengelamun dlm kedinginan senja..
aku tidak hiraukan kehadiran malam.
malam belagu sepi kerna seperti tidak mengerti
aku hanya ingin sendiri
menghayati renyai hujan yang masih belum berhenti
ada tika kilat memancarkan cahaya..
memberikan aku harapan untuk memandang kelam suasana
namun guruh membingitkn alam memberi petanda aku belum bertuah
masih ku menantikan kilat dengan lagaknya menari di dada angkasa
namun malam yang kunjung tiba
setia menemani hati yang lara..
hujan yang lebat kembali mengatasi renyai air yang turun
datang untuk membasuh luka yang masih tersisa..
datang dengan harapan bintang akan tersenyum manja
disisi sang bulan yang menantikan kehadirannya..
aku tersenyum dengan lebat hujan yang tersenyum
menarik nafas lega kerana dia sudi hadir disini
malam mula menyanyikan lagu kedamaian
menyelami hati yang dulu bernanah
dan berjanji esok akan diselubungi mega
membawa sejuta makna dalam jiwa yang pernah luka
malam meminjamkan bintang dan bulan yang menjadi pujaannya
untuk mengubati perasaan aku yang mula berubah warna
dia sanggup kesepian untuk seketika
memberi ruang pada kekasih hatinya meghiburkanku..
sungguh..
sungguh aku terharu dengan kikhlasan malam
terharu dengan kesabara bulan dan bintang
walaw kadangkala renyai hujan menimpa bumi yang aku lalui
namun aku sedar malam,bulan dan bintang akan tetap menanti
dan meyakinkan aku akan hadirnya garis pelangi di ufuk timur
selepas renyai datang melanda
hujan lebat membawa semua
keluh kesah sudah pudar meniti di tepi kata-kata
berganti dengan syukur yang tidak terhingga..
aku kerdil dengan kekuasaan-Nya
disisinya aku bertamu memohon kekuatan untuk terus mengorak
mencorak hari-hari ku dengan sejuta warna
setelah pelangi menungguku tanpa jemu
meminjamkan aku ribuan arca warna miliknya
supaya aku tabah dengan cabaran yang mendatang
akan ku coretkan nama renyai,hujan,pelangi,malam,bulan dan bintang didada sang suria
yang tersenyum bahagia dengan kekilafan seorang wanita
wanita yang tawa dan riangnya dinantikan seisi alam
wanita yang senyumnya menjadi siulan sang rama-rama
wanita yang kata-katanya yang dirindui flora..
wanita yang dulunya kecil tetapi kini dewasa berfikir.
aku mengerti akan maksud mentari
ingin aku bersinar kembali disisinya
menarikan tarian penuh kelembutan
gemalai tangan dihayunkan mengiringi cahaya
untuk terus menghiburkan seisi alam semesta..

No comments: